10 Perkara Yang Merosakkan Otak | myXpitstop

10 Perkara Yang Merosakkan Otak

10 Perkara Yang Merosakkan Otak

10 tabiat yang boleh memudarat dan merosakkan otak anda

Tidak mengambil sarapan pagi
– Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
Terlebih makan
– Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
Perokok
– Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer‘.
Penggunaan gula yang berlebihan
– Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
Pencemaran udara
– Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
Terlebih tidur
– adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
Menutup muka ketika tidur
– Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
– Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
Kurang berimiginasi
– Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
Jarang berfikir
– Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu,perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.







Kaitan: http://www.myxpitstop.com/alzheimer-bukan-hanya-orang-tua/

Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda. Bahan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan kepada anda. Sekiranya anda menyedari simptom kesihatan atau jatuh sakit, anda perlu menghubungi doktor bagi rawatan lanjut.

Related posts:

Soal jawab minuman isotonik
Jangan pandang remeh jika kemaluan gatal
Germanium percepat edaran darah

Short URL: http://www.myxpitstop.com/?p=4410

Posted by on Jun 22 2011. Filed under Kesihatan. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can skip to the end and leave a response. Pinging is currently not allowed.

2 Comments for “10 Perkara Yang Merosakkan Otak”

  1. As-salam.

    Nak tambah lagi satu…jauhi/kurangkan menonton video/filem lucah.

    Salam.

  2. thanks artikelnya sangat membantu

Leave a Reply

*

Photo Gallery

Log in | News & Info by myXcrew