Elakkan Alahan Makanan
Makanan adalah perkara utama yang perlu dilakukan untuk kelangsungan hidup. Namun, ada antara kita tidak sedar bahawa makanan yang dimakan itu menyebabkan kita mengalami gatal pada muka atau lebih parah boleh berhadapan maut.
Bagi setengah individu, pemilihan makanan adalah penting terutama bagi mengelakkan masalah alahan terhadap makanan atau tidak tahan dengan sesuatu makanan.
Alahan makanan adalah reaksi yang tercetus melalui sistem imun. Hampir enam peratus kanak-kanan dan dua perastus dewasa mengalami masalah alahan terhadap makanan dan angka lebih besar dicatatkan untuk golongan yang tidak tahan dengan makanan.
Tidak tahan laktosa adalah satu contoh tidak tahan makanan. Mereka yang mengalami masalah ini akan menyebabkan kekurangan enzim laktase yang diperlukan untuk mencerna gula, susu, atau laktosa dalam susu dan produk tenusu lain. Akibatnya, mereka boleh diserang sakit perut, kembung perut, angin atau cirit-birit.
Dalam alahan makanan, sistem imun anda tersalah mengenal pasti makanan tertentu atau komponen makanan yang bertindak sebagai bahan berbahaya. Sistem imun manusia mencetuskan sel tertentu bagi menghasilkan antibodi immunoglobulin E (lgE) bagi menentang makanan yang membawa masalah. Antibodi berkenaan akan mengesan makan yang bermasalah dan memberi isyarat kepada sistem imun untuk melepaskan histamin dan beberapa kimia ke saluran darah.
Kebanyakan alahan makanan dicetuskan protein tertentu seperti yang terdapat dalam telur, kekacang, ikan, dan makanan laut bercengkerang.
Bagi kanan-kanak, alahan makanan biasanya dicetuskan melalui protein dalam makanan seperti susu lembu, gandum dan kacang soya.
Gejala alahan makanan termasuklah seperti dicucuk-cucuk pada mulut, ruam hives, kesukaran bernafas, pening serta bengkak pada bibir, muka, lidah dan tejaj. Jika alahan berkenaan teruk, gejala lain akan muncul seperti laluan udara terhalang kerana tekak membengkak, denyutan nadi yang laju serta rasa pening dan tidak sedarkan diri.
Cara terbaik mengatasi masalah alahan makanan adalah mengelakkan makanan yang menyebabkan timbulnya gejala alahan. Namun, tidak semua orang boleh menghadapi masalah ini dengan baik.
Sebagai contoh, jika kacang adalah sebahagian pemakanan anda, sukar untuk anda mencari makanan lain yang sama khasiat dengannya dan menjadi lebih sukar jika majlis yang anda hadiri menyediakan menu berasaskan kacang.
Secara keseluruhan alahan makanan adalah lebih serius berbanding tidak tahan dengan makanan. Ini kerana jika anda alah pada makan ia akan menyebabkan timbul pelbagai gejala tetapi jika hanya tidak tahan terhadap makanan berkenaan , anda masih boleh memakan sejumlah kecil makanan itu tanpa mendapat sebarang reaksi akibat memakanya.
LANGKAH-LANGKAH JIKA MENGALAMI ALAHAN:
- Ketahui apa yang anda makan dan minum. Pastikan bace lebel makanan dengan teliti
- Pastikan ahli keluarga terdekat atau rakan sekerja anda tahu mengenai alahan yang anda alami.
- Bincang dengan doktor sekiranya mahu membawa epinephrine kecemasan.
- Jika anda menhidapi asma, pastikan jika makan diluar pastikan makanan berkenaan tidak mengandungo sulfites.
- Baca label pada bungkusan makanan dan pastikan anda tidak membeli makanan mengandungi sodium bisulfite, potassium bisulfite, sodium sulfite, sulfur dioxide dan potassium metabisulfite.

Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda. Bahan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan kepada anda. Sekiranya anda menyedari simptom kesihatan atau jatuh sakit, anda perlu menghubungi doktor bagi rawatan lanjut
Related posts:
Short URL: http://www.myxpitstop.com/?p=1529





