Jenayah: Skandal BMF - Pembunuhan Jalil Ibrahim | myXpitstop

Jenayah: Skandal BMF – Pembunuhan Jalil Ibrahim

Pada tahun 1980, Bank Bumiputra Malaysia Bhd (BBMB) Menerima bayaran RM50 juta sebulan daripada Petronas sebagai sebahagian daripada perjanjian meningkatkan tabungan bank berkenaan, yang ditubuhkan khas bagi membantu Bumiputra.

Bumiputra Malaysia Finance (BMF) pula ditubuhkan di Hong Kong sebagai platform untuk menyalurkan sebahagian daripada dana berkenaan.

Sejumlah pinjaman bernilai RM2.5 Bilion diberikan kepada Kumpulan Carrian bagi pelaburanya di sektor hartanah di Hong kong. Bagaimanapun pada 1983, syarikat itu jatuh apabila pasaran saham di sana merundum, menyebabkan pinjaman berkenaan tidak dapat dilunaskan.

Ini mendorong BBMB menghantar penolong pengurusnya di bahagian audit, Jalil Ibrahim, 35 ke Hong Kong untuk menyiasat akaun BMF. Anak kelahiran Melaka itu terpaksa berulang alik beberapa kali ke tanah jajahan British itu dengan meninggalkan isteri dan empat anak yang masih kecil bagi mengaudit aliran keluar-masuk wang kedalam akaun Carrian.

Pada 17 Julai 1983, dia memberitahu rakan sekerjanya di Hong Kong bahawa dijadualkan bertemu seorang ‘Datuk’ pada hari berkenaan. Keesokan harinya, mayatnya dijumpai di sebuah ladang pisang di wilayah New Territories berhampiran Hong Kong.

Kaitan kes kematiannya dengan BMF dan bagaimana Carrian boleh lumpuh, masih tidak dapat diselesaikan hingga ke hari ini. Ahli perniagaan dari Klang, Mak Fook Than didapati bersalah dalam komplot pembunuhan itu dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup disana.

Ketika perbicaraan, Mak mendakwa hanya membuang mayat Jalil sedangkan orang yang membunuhnya disebut sebagai warga Korea Selatan bernama ‘George’.

Mak juga menarik balik kenyataan awalnya bahawa dia bekerja dengan Kementerian Kewangan dan ditugaskan ke Hong Kong untuk mengutip sejumlah wang bagi seorang pegawai tinggi kerajaan.

Pengerusi BMF ketika itu, Lorrain Osman berkata Jalil mungkin mangsa peras ugut. Daripada maklumat yang diterimanya, Jalil sering menerima kunjungan pelawat tidak dikenali di bilik hotelnya walaupun selepas tengah malam. Pada hari pembunuhannya, Jalil dikatakan mengambil Hk$20,000 kononnya untuk seorang yang bernama ‘Ibrahim’ walaupun orang berkenaan tidak berada di Hong Kong.

“Kam, pengarah BMF mengalu-alukan tugas Jalil kerana ia membuktikan kami turut berusaha mendapatkan balik pinjaman (daripada Carrian). Tidak wujud apa yang disebut akaun rahsia di BMF. Laporan yang dibuat oleh Jalil sebenarnya turut membantu membuktikan bahawa Lembaga Pengarah memberikan pinjaman itu mengikut peruntukan yang ada. Beliau banyak membantu.” kata Lorrain.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati wujudnya penipuan dan penyelewengan dalam meluluskan pinjaman sehingga BMF kerugian berbilion ringgit. Jumlah itu akhirnya terpaksa ditanggung oleh BBMB.

Lorrain dan pengarah gantiannya, Dr Rais Saniman; pengerusi Kumpulan Carrian, George Tan dan pengarah eksekutif BBMB, Datuk Mohamed Hashim Shamsuddin didapati bersalah dalam skandal itu dan dijatuhkan hukuman penjara di Hong Kong.

Pada 1986, sebuah suruhanjaya penyiasat yang diketuai oleh bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ahmad Noordin Zakaria merumuskan pembongkaran skandal BMF hanyalah kecil. Walaupun mereka yang disabitkan kesalahan sudahpun menerima hukuman, beliau percaya ada pihak yang lebih penting turut terbabit.

Update/Continude: Lorrain breaks his silence

Related posts:

Jenayah: Botak Chin
Jenayah: Jack Mogale - Pantang Jumpa Wanita
Jenayah: Tiga Beradik Pembunuh

Short URL: http://www.myxpitstop.com/?p=3789

Posted by on Jun 13 2011. Filed under Jenayah. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can skip to the end and leave a response. Pinging is currently not allowed.

Leave a Reply

*

Photo Gallery

Log in | News & Info by myXcrew