Jenayah: Tiga Beradik Pembunuh | myXpitstop

Jenayah: Tiga Beradik Pembunuh


GULISTAN... mati ditembak di pintu masuk kediamannya oleh Gayle yang menerima upah RM985
Pada awal pagi 12 April tahun lalu, seorang ibu, Hycinth Carty (umur tidak dinyatakan) dikejutkan dengan panggilan telefon daripada polis. Panggilan itu merujuk kepada anak lelakinya yang dikaitkan dengan satu kes pembunuhan.

Polis dari selatan London, England itu memaklumkan, anak wanita berkenaan, Santre Sanzchez Gayle yang baru berusia 15 tahun ditahan kerana dituduh membunuh seorang wanita, Gulistan Subasi, 26, di Hackney, Clapton, London.

Hyacinth diminta datang ke balai polis untuk membantu siasatan kerana undang-undang di England menegah remaja berusia kurang 16 tahun disoal siasat tanpa ditemani individu yang ada pertalian darah dengan tertuduh.

Bagaimanapun, Hyacinth mulanya enggan pergi ke balai untuk membantu siasatan polis. Dia sukar menerima kenyataan anaknya terbabit dengan pembunuhan itu.

Manakan tidak, sebelum ini seorang lagi anak lelaki Hyacinth yang berlainan bapa dipenjara atas kesalahan membunuh. Dengan penahanan Gayle, bermakna dia ‘kehilangan’ dua anak lelaki.

Anak sulungnya, Lloywen Carty, 31, melakukan pembunuhan pada 2004, manakala adik tirinya Lloywen, DOnnel Carty, 24, melakukannya pada 2006.

Lloywen dan Donnel yang berlainan ibu, masing-masing berusia 24 dan 19 tahun ketika melakukan jenayah itu.

Video: Gulistan Subasi murder



Ikuti profil jenayah dilakukan tiga pemuda ini:


Santre Sanchez Gayle – Di Upah £200 (RM985)

Pada kejadian 22 Mac 2010, Gayle dengan aksi bersahaja mengetuk pintu kediaman Gulistan dan menembaknya menggunakan senapang patah yang dituju tepat kedada mangsa. Wanita berketurunan Turki itu mati di tempat kejadian.

Gayle melakukan jenayah tidak jauh dari kediamannya di kejiranan Kensal Green Hackney. Berdasarkan siasatan polis, suspek melakukan jenayah itu selepas diarah bekas suami Gulistan, Serdar Ozbek, 28, dengan upah £200 (RM985)

Jenayah Gayle terbongkar melalui bukti rakaman litar (CCTV) di lokasi kejadian. Ketika Gayle melakukan pembunuhan berkenaan, dia ditemani rakannya Izak Billy, 22.

Ketua Inspektor Detektif Jackie Sebire, berkata, ketika awal siasatan, polis menyangka pembunuhan dalam rakaman CCTV berkenaan dilakukan pembunuh profesional.

“Kami (polis) terkejut bila mengetahui pembunuh sebenar adalah remaja yang baru berusia 15 tahun.

“Dia tidak teragak-agak dengan apa dilakukannya dan sangat yakin. Sangat sukar mempercayainya,” katanya.

Polis mengesahkan Gayle terbabit dengan kegiatan samseng di kejiranan Old Bailey. DIa digelar ‘Riot’ dalam kumpulannya yang dikenali sebagai Kensal Green Blood (KGB).

Atas jenayah dilakukan Gayle, mahkamah menjatuhi hukuman penjara 20 tahun. Gayle juga mencipta sejarah remaja paling muda di Britain yang disabitkan dengan jenayah bunuh.


Donnel Carty – Perompak dan Pembunuh

Donnel, sebagaimana Gayle, adalah samseng dan menganggotai kumpulan KGB di kawasan kediamannya.

Pada usia baru mencecah 18 tahun, Donnel terbabit dengan pelbagai jenayah jalanan seperti merompak dan pergaduhan. Dia juga antara ahli KGB disegani sekitar 2005 hingga 2006.

Pada Januari 2006, DOnnel dan adik saudaranya, Delano Brown, 17, menyerang peguam, Tom ap Rhys Pryce, 31, (usia ketika kejadian).

Pryce ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah menemui tunangnya, Adele Eastman, berhampiran kawasan yang didakwa kononnya dikuasai kumpulan KGB.

Donnel menyerang hanya untuk menyamun telefon bimbit mangsa, Oyster Travelcard (Kad tambah nilai untuk pengangkutan awam) dan wang tunai £20 (RM98.50).

Apabila Pryce cuba melawan, Donnel menikam dada mangsa hingga mati. Berikutan jenayah berkenaan Donnel dan Brown ditahan polis dan bukti CCTV menguatkan lagi penahanan suspek. Forensik turut menemui telefon bimbit mangsa di kediaman suspek.

Selepas dihadapkan ke mahkamah, pada 28 November 2006, Donnel dijatuhi hukuman penjara minimum 20 tahun, manakala Brown dipenjara sekurang-kurang 17 tahun atas kesalahan mereka.


Lloywen Carty – Ketua Gengster dan Pengedar Dadah

Dalam sejarah keluarga Hyaconth, Lloywen adalah pencetus kepada kegiatan jenayah adik beradiknya. Dia antara ‘kepala’ kumpulannya KGB dan ahli Mus Luv Crew yang terbabit dengan pengedaran dadah.

Dalam rekod polis, Lloywen terbabit dengan pelbagai jenayah jalanan di sekitar kejiranan Kensal Green. Dia juga diburu polis sebagai dalang pengedaran dadah di kawasan berkenaan.

Lloywen terbabit dengan pembunuhan dalam satu keraian sempena Notting Hill Carnival pada 2004 di Old Bailey. Dia menembak Lee Subaran, 27 (usia ketika kejadian), samseng yang menjadi seteru kumpulan KGB.

Subaran dibunuh secara terbuka dalam karnival terbabit yang dihadiri 600 pengunjung. Suspek melakukan pembunuhan ditemani dua rakan iaitu Conroy Smith, 36, dan Jermaine Labastide, 35.

Siasatan polis mendapati Lloywen melakukan pembunuhan kerana dendam, selain sikap Subaran tidak menunjukkan hormat kepadanya sebagai ketua kumpulan KGB.

Ketiga-tiga suspek dijatuhi hukuman penjara minimum 30 tahun.

Video:


Police caught Carty using CCTV footage showing him using Pryce’s Oyster Card (which he claimed to have found) at Kensal Green station, forensic evidence found at the homes of Carty and Brown, and Pryce’s mobile phone. When they were taken to court Donnel Carty and Delano Brown both denied murdering the City lawyer but admitted they had robbed Pryce and another man just before. Delano Brown was 17 when taking part in the murder so initially could not be named for legal reasons. The two men stood trial on 30 October 2006 at the Old Bailey. Throughout the trial Brown declared that it was Carty who had stabbed Pryce and that it had simply been a ‘robbery gone bad’. This led to an alleged attack on Brown by three youths at Feltham young offenders institute during the Old Bailey trial, his attackers said: “You are snitching on your co-d (co-defendant).” Carty denied any involvement in the incident, claiming it had been the result of an argument Brown had with the youths earlier. On November 27, 2006 Donnel Carty and Delano Brown were found guilty of murdering City lawyer Tom ap Rhys Pryce. Carty and Brown reacted calmly to the guilty verdicts, turning to each other, shaking hands and embracing. On November 28, 2006 the sentences for Carty and Brown were announced, both men were given life sentences with Donnel Carty, 19, receiving 21 years and Delano Brown, 18, given 17 years as minimum terms at the Old Bailey. The judge said he could not tell who wielded the knife but considered Carty and Brown equally guilty. The pair reportedly fought back tears and sniffed loudly as the sentences were read.
INFO

PESALAH: Santre Sanchez Gayle, 15, Lloywen Carty, 31, dan Donnel Carty, 24

LOKASI: London selatan, England

KESALAHAN: Terbabit dengan kegiatan samseng jalanan dan pembunuhan

MANGSA: Gulistan Subasi, 26, Tom ap Rhys Pryce, 31, dan Lee Subaran, 27 (usia masing-masing ketika kejadian)

FAKTA JENAYAH: Pada 22 Mac tahun lalu, Gayle membunuh Gulistan selepas diupah bekas suami wanita itu dengan bayaran RM985 (£200). Rakannya, Donnel turut terbabit dengan kejadian samun dan bunuh di kawasan kediaman mereka, di kejiranan Kensal Green, Hackney. Mangsa Donnel adalah peguam yang dibunuh hanya untuk mendapatkan telefon bimbit mangsa, Oyster Travelcard (kad tambah nilai untuk pengangkutan awam) dan wang tunai £20 (RM98.50). Sebelum itu, abang tiri Gayle, Lloywen yang juga ketua kumpulan samseng, Kensal Green Blood membunuh seorang samseng secara terbuka dalam satu karnival pada 2004. Gayle dan Donnel juga adalah ahli kumpulan KGB

FAKTA KES: Tersabit kesalahan masing-masing, Gayle dan Donnel dijatuhi hukuman penjara hukuman minimum 20 tahun. Lloywen dijatuhi hukuman penjara minimum 30 tahun.

Related posts:

Deep-sea images reveal colorful life off Sangihe Talaud
Osama bin Laden mati di tembak
Industri Ikan Hiasan

Short URL: http://www.myxpitstop.com/?p=5028

Posted by on Jul 5 2011. Filed under Info, Jenayah. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can skip to the end and leave a response. Pinging is currently not allowed.

Leave a Reply

*

Photo Gallery

Log in | News & Info by myXcrew