Kubur Pesawat: The Boneyard
Kubur Pesawat (The Boneyard) ialah gelaran yang di berikan oleh masyarakat tempatan kepada Pusat Penjagaan dan Pembagunan Semula Aeroangkasa ke-309 (AMARG) yang menempatkan beribu-ribu bankai pesawat di kawasan gurun di tucson, Arizona, Amerika Syarikat (AS).
Terletak bertentengan dengan Pengkala Udara Davis-Monthan, ia merupakan tanah perkuburan pesawat terbesar di dunia. Nilai kira-kira 4,400 pesawat yang ditempatkan di situ ialah AS$85 bilion (RM108 bilion).
Selepas tiba di tanah perkuburan ini, bahan bakar, minyak dan cecair hidraulik akan dikeluarkan dari pesawat, begitu juga bahagian-bahagian yang berharga sebelum disimpan di tempat selamat. Pesawat itu akan dilitupi dengan lapisan cat pelindung yang dikenali Spraylat yang melindungi jentera itu daripada matahari.
Aircraft boneyard is a term for a storage area for aircraft that are retired from service. Most aircraft at boneyards are either kept for storage or turned into scrap metal. Deserts, such as those in the Southwestern United States, are good locations for boneyards since the dry conditions reduce corrosion.
While some are privately owned and operated, others belong to the military, such as the 309th Aerospace Maintenance and Regeneration Group at Davis-Monthan Air Force Base in Tucson, Arizona.
After aircraft are put into boneyards, many are stripped of useful parts. Engines, most electronics, munitions, and wiring are removed to be recycled or to be kept in warehouses. These may serve as replacement parts for aircraft that are still flying or may be used for reconditioning if and when the aircraft are called back into active duty. These parts along with the stripped aircraft may be sold to other countries.
Depending on the demands of the military or for commercial purposes, an aircraft or a whole squadron of them may be put back into active duty. The aircraft have to be reconditioned and tested so they are safe to fly. The reconditioning process includes putting in new avionics, electronics, safety measures, testing and painting. Reconditioning of old aircraft is usually a cheaper way of getting more aircraft into service than buying new ones, and saves the United States billions of dollars annually.
Other nations’ central aircraft storage facilities include the Russian Air Forces’ Bases for Reserve Helicopters.
Pelancong
Secara kebetulan, lapisan pelindung itu berwarna putih lili sekali gus melambangkan ‘ketenangan selepas mati’ bahkan mewujudkan pemandangan yang agak menyeramkan pada waktu malam.
Keluasan kawasan ini ialah 1,000 hektar atau sama besar dengan 1,430 buah padang bola sepak.
Semasa dibina pada April 1946 fungsi utamanya adalah untuk menyimpan kapal terbang kargo dan pesawat pengebom Perang Dunia Kedua.
Objektif itu masih kekal apabila Eddie Romero mula bekerja sepanjang hari di situ pada 26 tahun lalu.
‘Operasinya masih kecil pada masa itu. Kami dihantar ke kawasan padang pasir untuk bekerja sepanjang hari dan pulang lewat petang.’ kata lelaki itu.
Perkuburan pesawat yang luar biasa dan jarang ditemui di dunia ini telah menarik ramai pelancong iaitu di antara 25,000 hingga 30,000 orang setiap tahun.

Di sebatang jalan yang panjang, dikenali sebagai Celebrity Row, tersergam sebahagian kapal terbang penting dalam sejarah AS, termasuk YC-44, prototaip kapal terbang kargo yang direka bagi menggantikan C-430 Hercules dan F-100 Super Sonic Sabre, pesawat pertama tentera udara AS yang berjaya memintas kelajuan bunyi.
Bahkan bagi mereka yang melihatnya setiap hari, kubur pesawat tersebut masih mendatangkan kekaguman. Jeffrey Gammel, seorang pekerja awam, masih teruja apabila datang bekerja dan melihat pesawat C-5 galaxy, salah satu pesawat tentera terbesar di dunia, diletakkan di situ.
“kadang-kala semasa memandu kereta, anda akan nampak seolah-olah C-5 sedang bergerak di landasan, ia memang pemandangan yang mengasyikkan,” kata Gammel.
Sesetengah pesawat cuma diletakkan akan terbang semula tetapi lebih 80 peratus item sedia dibekalkan sebagai alat ganti pada bila bila masa.
Filem
Pada Februari tahun lalu, imej setelit resolusi tinggi tapak perkuburan itu diedarkan buat pertama kali oleh google earth. Ia menunjukkan secara terperinci barisan pesawat yang menghuni kawasan lapang dengan latar gunung-ganang di belakangnya.
Antara pesawat yang ditempatkan di situ ialah pesawat pengebom B-52 daripada era Perang Dingin.

Turut dipamerkan ialah berdozen-dozen pesawat pejuang F-14 yang di berhentikan perkhidmatan daripada tentera AS pada tahun 2006 dan digunakan dalam filem Top Gun. Ia juga digunakan sebagai latar belakang beberapa buah filem seperti Transformer: Revenge of the Fallen.
Di samping menjadi tempat letak kapal terbang gergasi, AMARG juga bertindak membaik pulih pesawat hingga ia boleh terbang semula atau menyediakan kemudahan bagi memindahkan pesawat berkenaan melalui jalan darat.
Dalam tempoh 25 tahun lalu, lebih satu per lima daripada pesawat berkenaan kembali terbang, kata para pegawai. Sama seperti kilang kitar semula bersaiz besar, beratus-ratus pekerja awam ditugaskan untuk mengasingkan beribu ribu barangan terpakai.
“AMARG bukan pemilik kapal terbang yang disimpan di sini, ia masih milik agensi kerajaan dan tentera,” kata jurucakap pengkalan berkenaan.
“Sebahagian kapal terbang itu dipunyai oleh muzium-muzium penerbangan seperti Muzium Kebangsaan Tentera Udara AS, Muzium Kebangsaan Penerbangan Laut, serta Muzium Angkasa dan Penerbangan Udara Kebangsaan Smithsonian.
“Kawasan ini dipilih sebagai tempat letak pesawat terbesar di dunia kerana dua sebab. Pertama, cuaca kering Tucson meminimumkan kerosakan yang disebabkan penghakisan. Kedua, ia mempunyai lapisan tanah keras setebal enam inci.
“Di bawahnya pula ialah satu lapisan tanah liat. Tanah keras itu membolehkan pesawat ditarik dan diletakkan pada posisinya tanpa perlu membina landasan simen atau konkrit,” katanya – Sumber Agensi
Related posts:
Short URL: http://www.myxpitstop.com/?p=4551





