Laman Megaupload ditutup
MCLEAN, Amerika Syarikat (AS) – Salah sebuah laman perkongsian fail yang popular di dunia, Megaupload.com telah ditutup.
Pengasas laman itu dan beberapa pegawai syarikat laman berkenaan dituduh menyediakan kemudahan kepada berjuta-juta muat turun filem, muzik dan kandungan lain secara haram.
Satu pendakwaan oleh pihak berkuasa AS kelmarin menuduh laman berkenaan menyebabkan para pemilik hak cipta kerugian sekurang-kurangnya AS$500 juta (RM1.5 bilion).
Menurut Jabatan Keadilan AS dalam satu kenyataan, Kim Schmitz atau lebih dikenali sebagai Kim Dotcom, 37, yang merupakan pengasas Megaupload.com dan kini Ketua Pegawai Inovatif laman itu serta tiga lagi kakitangan laman berkenaan telah ditangkap kelmarin di New Zealand atas permintaan beberapa pegawai AS.
Schmitz merupakan seorang jutawan Jerman.
Yayasan Perbatasan Elektronik yang mempertahankan hak kebebasan bersuara dan digital di online menyatakan dalam satu kenyataan bahawa: “Pelaksanaan prosedur jenayah antarabangsa seperti ini ke atas isu dasar-dasar Internet telah menetapkan satu contoh duluan yang menggerunkan.”
“Jika AS boleh menangkap seorang rakyat Belanda di New Zealand berhubung satu dakwaan hak cipta, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Laman Megaupload adalah unik bukan hanya kerana ia mempunyai kandungan muat turun yang besar tetapi juga kerana ia mendapat sokongan daripada selebriti berprofil tinggi, pemuzik dan penerbit kandungan yang kerap menjadi mangsa pelanggaran hak cipta serta cetak rompak.
Sebelum laman itu ditutup, ia mendapat sokongan daripada bintang realiti televisyen AS, Kim Kardashian, penyanyi Alicia Keys dan Kanye West dan beberapa selebriti lain.
Syarikat Megaupload itu menyenaraikan suami Keys, Swizz Beatz yang merupakan seorang pemuzik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.
Namun, Beatz yang berkahwin dengan Keys pada 2010 tidak dinamakan dalam pendakwaan itu. – Agensi
Always carry camera
HONG KONG – Sepasukan anggota kastam Hong Kong menyerbu beberapa pejabat, premis tempatan dan suit hotel mewah di sini dalam siasatan ke atas laman perkongsian fail Internet, Megaupload.com.
Siasatan berkenaan yang dilakukan di seluruh dunia dikendalikan oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Seramai 100 anggota kastam menyertai serbuan di sini kelmarin dan merampas sebahagian besar bukti digital selain aset haram mencecah HK$330 juta (RM130.4 juta).
“Semua aset ini dibeku kan di bawah undang-undang Hong Kong. Operasi kami masih diteruskan,” kata pihak kastam Hong Kong dalam satu kenyataan.
Dalam operasi berkenaan, pihak berkuasa turut menyerbu beberapa suit hotel mewah yang kadar sewanya HK$100,000 (RM40,010) sehari dan menemui beberapa pelayan berkelajuan tinggi dan skrin televisyen yang disyaki memiliki kaitan dengan kes berkenaan.
Serbuan dibuat susulan penutupan Megaupload.com oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) Khamis lalu selepas laman web itu didakwa terbabit dalam aktiviti cetak rompak dan pelanggaran hak cipta.
Pengasas laman Megaupload.com, Kim Dotcom yang juga dikenali sebagai Kim Schmitz kini ditahan di New Zealand selepas polis menyerbu kediamannya di negara itu.
Warga Jerman berusia 37 tahun itu yang memiliki status penduduk tetap New Zealand dan Hong Kong dinafikan ikat jamin bersama tiga lelaki lain semasa mereka dihadapkan di sebuah mahkamah daerah di Auckland kelmarin.
Dalam serbuan di banglo mewah yang diduduki oleh Dotcom di Auckland, polis New Zealand turut merampas beberapa kereta mewah berharga AS$4.8 juta (RM14.9 juta) termasuk sebuah Cadillac merah jambu keluaran 1959 dan sebuah kereta Rolls Royce Phantom.
Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kehakiman AS dan FBI telah mendakwa tujuh individu yang dituduh “bertanggungjawab melakukan aktiviti cetak rompak besar-besaran secara atas talian menerusi Megaupload.com dan beberapa laman web berkaitan”.
Megaupload menyebabkan kerugian lebih AS$500 juta (RM1.55 bilion) kepada pemilik-pemilik hak cipta dengan menawarkan salinan cetak rompak filem, program televisyen dan kandungan lain.
Ia adalah antara laman web perkongsian fail paling popular di dunia dengan mencatatkan sekitar 50 juta pengguna setiap hari. – AFP
Related posts:
Short URL: http://www.myxpitstop.com/?p=5325





