Memilih dan Penjagaan Tilam untuk selesa sepanjang malam

Seorang dewasa menghabiskan purata lapan jam untuk tidur setiap hari. Jesteru bilik tidur adalah antara tempat terpenting dalam hidup. Tilam dan katil adalah kelengkapan utama yang memberikan keselesaan sewaktu tidur. Maka pemilihan tilam dan katil yang sesuai perlu untuk memastikan anda selesa beradu sepanjang malam.

Tilam yang sesuai diperlukan bukan untuk tidur lena tetapi juga untuk menampung berat badan seseorang di samping berupaya menjaga kesihatan tulang dan otot.

Memilih Tilam Sesuai

Pasangan suami isteri perlu memilih tilam bersama-sama kerana mereka berdua yang akan menggunakannya. Cuba baring melentang di atasnya dalam keadaan santai kira-kira 10 minit. Cuba juga baring mengiring dan melungkup serta duduk di tepi tilam dan perhatikan adakah ia cukup kuat untuk menampung tubuh anda?

Pilih tilam yang cukup kuat untuk menampung berat dan susuk tubuh anda. Tilam yang baik mesti dapat menyokong tubuh anda dari semua sudut dan mengekalkan kedudukan bentuk asal tulang belakang.

Jika anda berasa sokongan lemah, bermakna tilam terlalu lembut. Jika ada ruang antaranya bermakna permukaan tilam terlalu keras. Tilam keras akan menolak paha dan badan ke atas serta menghalang kelancaran aliran darah yang menimbulkan ketidakselesaan sewaktu tidur. Tilam yang baik seharusnya membenarkan tubuh tenggelam di atas sambil menyokong berat badan.

Jika anda mempunyai masalah tulang belakang., pilih tilam yang dapat menampung tubuh badan anda dalam kedudukan betul, di samping mengekalkan kedudukan berkenaan sepanjang malam. Menurut pakar, tulang belakang berada dalam keadaan tertekan sewaktu anda berdiri atau duduk sepanjang hari dan bebas daripada tekanan itu sewaktu anda berbaring atau tidur di waktu malam.

Jika pasangan suami isteri berlainan ukuran tubuh dan berat badan, letak dua tilam bujang berasingan di atas satu katil kelamin agar mereka mendapat tilam yang sesuai dengan ukuran dan berat badan masing-masing.

Tilam kelamin seharusnya berukuran 10 sentimeter (sm) lebih panjang daripada pasangan yang menggunakanya dan sekurang-kurangnya 135 sm lebar untuk keselesaan bergerak. Anggaran harga tilam ialah daripada RM200 hingga RM15,00. Belillah yang paling bermutu dengan kemampuan anda.

JIka anda mempunyai masalah lelah, dapatkan tilam jenis anti habuk dan hama atau guna pelapik tilam kalis air yang tidak memerangkap debu dan hama. Gantikan bantal berisi bulu binatang dengan bantal sintetik kerana ia selamat dari debu dan hama.





Kandungan Tilam

Sama ada tilam daripada bahan spring, busa atau air, kandungan dalamannya berfungsi menyokong tubuh pengguna. Teliti contoh keratan rentas tilam yang dipamerkan di kedai dan periksa isinya.

Busa – sama ada daripada bahan getah asli atau sintetik, ia elok untuk kegunaan mereka alah kepada bahan bulu. Busa tilam yang bagus selesa diguna dan tahan lama serta mudah kembali ke bentuk asal apabila anda bangun daripada tidur dan tidak mudah renyuk atau melendut. Bagaimanapun bahan ini mengekalkan suhu panas badan menyebabkan ketidakselesaan kepada sesetengah pengguna.

Air – Sesetengah orang tidak selesa tidur di atasnya tetapi pengeluar tilam jenis ini mendakwa ia baik untuk sokongan tubuh dan tidak menjejaskan bentuk asal tulang belakang. Bahkan, pihak berkenaan mendakwa tilam ini tahan bertahun-tahun dan tidak mendap serta tidak mempunyai titik tekanan.

Dasar Tilam

Lapisan bawah tilam bertindak sebagai bahan yang menentukan kekuatan sokongan, ketahan dan kesuaian penggunaan. Bahagian dasar ini antaranya dibentuk oleh:

Spring berkotak – bingkai kayu berbalut fabrik mengandungi rangkaian lingkaran yang berfungsi sebagai penyokong.
Plantar – yang kelihatan seperti kotak dengan kayu di bahagian tepi atas, membuatkan tilam keras dan tilam jenis ini elok untuk mereka yang bermasalah sakit belakang.
Kepingan – kayu atau logam di bahagian bawah tilam.

Jaringan – dawai yang juga menyokong tilam.


Penjagaan Tilam

Guna bahan pelapik untuk melindungi permukaan tilam daripada kesan kotoran debu. Ia juga dapat mengelak permukaan tilam daripada mudah koyak atau haus.
Jangan biarkan kanak-kanak melompat selalu di atasnya kerana perbuatan ini boleh menyebabkan tilam kurang teguh dan cepat melendut.
Jangan tumpahkan sebarang cecair di atas permukaan tilam, Jika tertumpah, segera keringkan dengan cara dianginkan atau menggunakan pengering rambut.
Terbalikkan tilam setiap dua atau tiga minggu sekali untuk memastikan kesimbangan ketegangan permukaan bahagian atas dan bawah tilam bawah.
Sebaik anginkan tilam selama 30 minit sebelum diguna.
lipat tilam kerana ini boleh merosakkan spring di dalamnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>