Panduan bagaimana melancong lama hanya dengan satu beg | myXpitstop

Panduan bagaimana melancong lama hanya dengan satu beg

Apabila bercuti, pastinya bilangan beg yang dibawa mencukupi. Jika percutian itu hanya dua atau tiga hari, satu beg memadai.

Bagaimana pula jika percutian itu mencecah seminggu atau dua minggu? Pasti beg yang akan dibawa lebih daripada satu.

Namun, dengan membawa bagasi lebih daripada satu ketika bercuti, ia pasti membuatkan percutian itu lebih rumit kerana perlu sentiasa menjaga beg-beg berkenaan.

Justeru, panduan ini mungkin dapat membantu anda yang akan melancong lama tetapi dengan hanya membawa satu beg pakaian.




KONGSI BARANG

Apabila melancong dengan kumpulan, anda mungkin boleh berkongsi barang-brang mandia seperti sabun, syampu dan lain-lain bersama rakan. Ataupun mungkin boleh menggunakan barangan mandia yang disediakan di hotel penginapan.


SUSUN RAPI PAKAIAN

Bagi menjimatkan ruang, lipat atau susun pakaian serta barang ke beg dengan kemas dan rapi. Dengan susunan yang betul segala brang yang anda mahu bawa boleh dimuatkan kedalam satu beg.


BAWA PAKAIAN SENANG KERING

Ada sesetengah individu yang suka membawa baju lebih daripada yang diperlukan. Tabiat itu akan menyumbang kepada pertambahan beg ketika melancong.

Jadi, untuk menjimatkan ruang, bawalah baju yang cepat kering dan mudah untuk dibasuh. Ia boleh membolehkan anda memakainya berulang kali sepanjang bercuti. Membawa pakai buang juga boleh membantu.


PILIH BEG YANG SESUAI

Pemilihan beg yang akan di bawa ketika bercuti turut memainkan pernan penting dan perlu mengikut kesusuaian destinasi yang dituju.

Jika percutian agak santai dan lama selain memerlukan anda sentiasa membawanya, beg galas jenos “Backpacks” adalah beg yang sesuai. Beg beroda juga sesuai bagi annda yang mungkin bekerja sambil bercuti serta tidak perlu membawa beg pakai setiap kali keluar dari hotel.

Beg yang mempunyai banyak komponmen juga sangat sesuai untu anda yang mahu bercuti lama. Dengan kompinen yang ada, pakaian yang dipakai boleh diasingkan supaya tidak berbau atau mungkin baju itu boleh dipakai balik.


BEG KHAS UNTUK DOKUMEN PENTING

Untuk tidak membebankan, menyimpan pasport atau dokumen penting dalam beg pakaian menjimatkan. Bagaimanapun, untuk keselamatan, adalah lebih baik anda membawa beg silang kecil untuk memasukkan ppasport atau lain-lain dokumen penting.

Jangan lupa buat salinan beberpa dokumen penting kerana jika hilang, anda punya maklumat ketika membuat laporan polis.

Related posts:

Marina Bay Sands
Festivals in Malaysia : Hari Raya Aidil Fitri/Eid al-Fitr
Festivals in Malaysia : Deepavali/Diwali

Short URL: http://www.myxpitstop.com/?p=3080

Posted by on May 9 2011. Filed under Travel. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can skip to the end and leave a response. Pinging is currently not allowed.

3 Comments for “Panduan bagaimana melancong lama hanya dengan satu beg”

  1. wow!! menarik.. hehehe~ memang malas nak bawak beg besar2 ni.. tenks for da info!

  2. mintak share info nie…

  3. Tips yang oke,,thanks

Leave a Reply

*

Photo Gallery

Log in | News & Info by myXcrew