Tip Elak Terlebih Berbelanja | myXpitstop

Tip Elak Terlebih Berbelanja

Jika tabiat membeli-belah kamu semakin melampau dan merisaukan, cubalah strategi ini untuk atasinya.

TULIS DALAM DIARI.
Buat catatan mengenai saat di mana kamu rasa teringin untuk membeli-belah dan bagaimana perasaan kamu ketika itu. Kemudian catatkan berapa banyak kamu berbelanja.
CARI PUNCANYA.
Selepas membuat “laporan” harian selama beberapa minggu, cuba semak kembali tujuan kamu pergi membeli-belah.
ATASI PERASAAN KAMU.
Carilah aktiviti lain untuk “menggantikan” tabiat membeli-belah yang kamu lakukan atas alasan salah (contohnya bosan atau sedih)
BAWA WANG TUNAI.
Bila kamu berbelanja, bayar dengan wang tunai – bukan kad kredit.
JANGAN MEMBELEK.
Apabila membeli-belah, cari barang yang kamu perlukan saja dan cepat-cepat lakukan aktiviti lain seperti bertemu teman atau menonton wayang.
SEMAK KEMBALI DIARI.
Selepas satu bulan, lihat bagaimanan tabiat kamu telah berubah, kira jumlah wang yang berjaya kamu simpan, dan fikirkan keseronokkan yang telah kamu kecapi tanpa perlu berbelanja secara melampau.





Related posts:

Fire tornado on Hawaii's Big Island
Nicola Bolla - AK 47 Rifles and Skulls in Swarovski crystals
Jenayah: Tiga Beradik Pembunuh

Short URL: http://www.myxpitstop.com/?p=3711

Posted by on Jun 11 2011. Filed under Info. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can skip to the end and leave a response. Pinging is currently not allowed.

Leave a Reply

*

Photo Gallery

Log in | News & Info by myXcrew