Tip pemakaian, Penyimpanan dan Penjagaan Kanta lekap - Contact Lens | myXpitstop

Tip Pemakaian, Penyimpanan dan Penjagaan Kanta lekap – Contact Lens







Bersihkan kanta lekap anda dengan disinfektan setiap hari
Basuh tangan anda sebelum memegang kanta lekap; sebaik-baiknya gunakan sabun tanpa wangian.
Jangan gunakan air liur, air suling, air paip atau larutan salina yg dibuat sendiri dan tidak disterilkan untuk membersihkan kanta lekap anda.
Semua larutan disinfektan adalah berlainan. Oleh itu, Untuk melindungi kanta lekap daripada mengering, pilihlah larutan serba guna yang mengandungi pelembab seperti taurina untuk memanjangkan keselesaan pemakaiannya.
Bersihkan bekas kanta lekap anda sekurang-kurangnya sekali seminggu dan biarkan ia kering sendiri.
Jangan biarkan hujung botol larutan anda menyentuh sebarang permukaan, termasuk kanta lekap anda untuk mengelakkannya tercemar.
Pakai kanta lekap dahulu sebelum mengenakan solekan mata dan tanggalkan kanta lekap sebelum membersihkan solekan.
Jangan tidur memakai kanta lekap kecuali mendapat arahan doktor. Memakai kanta lekap semalaman walaupun sekejap sahaja. lebih memudaratkan daripada mananggalkannya setiap malam.
Jangan memakai kanta lekap melebihi masa yang sudah ditetapkan. Jika anda tidak sempat menggantikannya, pakailah cermin mata buat sementara waktu.

Gunakan kosmetik berasakan air semasa memakai kanta lekap.
Dapatkan pemeriksaan mata lengkap setiap 12 bulan, termasuk ujian glaukoma, katarak dan degenerasi makular. Golongan berumur dan penghidap kencing manis patut mendapatkan pemeriksaan lebih kerap optometris.

Related posts:

Yuri Gagarin, First Man in Space
Jenayah: Tiga Beradik Pembunuh
Industri Ikan Hiasan

Short URL: http://www.myxpitstop.com/?p=3133

Posted by on Jun 18 2011. Filed under Info, Kesihatan. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can skip to the end and leave a response. Pinging is currently not allowed.

Leave a Reply

*

Photo Gallery

Log in | News & Info by myXcrew